Wednesday, April 13, 2011

Konsep Unit Amanah (source:www.warisanmukmin.com)



APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah. ,

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI


Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan. Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran. Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi. Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka. . Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap

KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH


1.
Pengurusan Dana Profesional Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.


PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK


a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.

Monday, June 7, 2010

PUBLIC MUTUAL & I

Hi, morning to those yang melawat atau membaca my blog yang tak seberapa. Today I a little bit late come to office but still not more than 8.30 am.

Hari ni I nak story pasal my public mutual things. Pada sesiapa yang tak begitu tahu, I ni sebenarnya Public Mutual Agent. Dah lama dah I join public Mutual since April 2008. Tapi I ni Agent yang TIDUR.... Sebab I masuk dulu pun sebab 1. Kena pujuk & 2. I tengok orang lain leh buat duit I pun nak try lah... Tapi kalau tak kerja keras, manakan nak dapat hasilnya.. Itu lah yang terjadi pada I. I tak attend class sangat then info about fund pun tak banyak.. I tahu sikit2 je...

Selama ni, yang banyak invest pun among family members and friends je. Belum lagi pernah approach stranger. So nak jadikan story, in 2009 April, I was expecting, alahan teruk mabuk pun boleh tahan... so I stop attend class then I langsung tak buat public mutual... So I miss so many things...

Until one day I dapat buletin Public Mutual (macam magazine lah setiap 2 bulan, all agents akan dapat).. I nampak my upline in that buletin... suddenly I rasa banyak banyaknya kerugian kalau I tak buat Public Mutual... Lagi2 I plan nak buat business sendiri. tak mahu makan kerja.... So I beranikan diri call my Upline and so surprised she still layan I dengan baik... So I tekad nak buat bersungguh2 and change my attitute to be more positive... to be more focus, and I have start from zero again because so many things changed now, so many fund in Public Mutual dan so many new regulations imposed by Bank Negara and FIMM... So I have to catch up faster.... I have to speed my steps... I harap I boleh berjaya dalam Public Mutual ni... Doa-doakan ye.....

Itu sajalah cerita I pasal Public Mutual ni..... Harap u all tak boring... and anybody yang teringin nak jadi agent atau nak tahu benefit to be an agent pun boleh contact I at 019-2866346... Actually banyak benefit & kejayaan yang u boleh dapat dan raih if u betul2 buat. Bak kata pepatah, kejayaan tidak datang bergolak... atau kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya..

Ok.. Enjoy your day.... :)

Sunday, June 6, 2010

How to buy unit trust funds?

There are several channels to invest in unit trust funds. Below are the available options in Malaysia:

1. Unit trust agents: Unit trust agents are salespersons who had passed the required exam and registered with FIMM to deal with unit trust marketing. It is recommended to invest via an agent because they provide personalized service and advice. They are the expert in this field because it is the only product they are dealing with. A good unit trust consultant will access your needs, construct a suitable investment portfolio, constantly monitor your portfolio performance and help you to execute the transactions. The downside is that they are tied to certain company only. Therefore, the choices of funds may be limited.

2. Financial Planning Firms: Unlike a unit trust agent, these firms are not tied to certain unit trust management company. They have the CUTA and CMSL license that allow them to distribute several different funds provided by different companies. The financial planners are well qualified individuals who can access your needs in a comprehensive way. Example: Public Mutual Berhad

3. Banks: Bank is one of the unit trust funds distribution channels. They have a team of sales representatives to market the investment products to their existing clientele as well as walk-in prospects. Some banks provide higher rebate on your investment and you may get better deals from there. Most of their sales representatives are salary-based, and also being rewarded a certain percentage of the sales they bring in.

4. Online: Recently, there are a few companies and trading platforms being set up online. This provides great convenience for investors to access their portfolio. You can directly invest in their funds on the internet. If you would like to actively invest in unit trust and doesn’t need a personalized agent service, investing online is certainly a viable option. Example: iFast and Philip Capital. Some financial planning firms also use these platforms to manage their clients’ portfolio.

Three important consideration that determine your investment portfolio
To construct an investment portfolio, it very much depends on the investment objective, investment horizon and the investor’s risk appetite. These are the situations and conditions a student may consider before constructing an investment portfolio.

Investment objective:
1. Unknown? Because students are learners and you may not know what you want. You just want to grow your wealth.
2. To settle your study loan?
3. To save and invest for your first car down payment or house down payment?

Investment Horizon:
The duration of investment may differ depends on your objective. For example, if you want to save for your car down payment, you should apply a short term investment portfolio which will be more conservative. You may need the money in 6-30 months time. Then you should avoid putting large portion of your investment in equity-based funds. If you are saving for retirement, which is still 30-40 years away, you can afford to take higher risk asset allocation.

Risk Profile:
Female tends to be more risk averse than male in general. Young people are more willing to take higher risk because they don’t have much to lose and are willing to take riskier chances.

My advice for a student
If you want me to point out which specific funds you should invest in, frankly speaking, I can’t and I won’t do that. Without knowing and understanding all the facts about you (your investment objectives, investment horizon and risk profile), there is no way I can give you a fair recommendation. I am also not the best position to recommend certain funds because I don’t study every single fund in the market. I don’t follow extensively their past performance, the fund managers’ investment style, all their stock holdings etc.

So, here is my sincere advice for a student who wants to start investing in unit trust:
1. Start reading books, blogs, and search online resources about unit trust investment. You can try Invest Heat, which is a brand new blog about investing in unit trust.

2. Talk to several agents from different companies to learn about unit trust and their best products. You can also access their competitiveness. Choose the agent who “clicks” with you.

3. Since you are a student, you have a lot of time. Just take your time to learn about smart investing and this knowledge will give you an upper hand in growing your money 30-60 years down the road.

Sunday, April 18, 2010

Perkhidmatan Perakaunan secara Online

"ACCOUNTING ON-LINE" Cara Berkesan, Efektif, Mudah & Menjimatkan (Sistem Perakaunan Berkomputer Yang Lengkap - MYOB)

Tahukah Anda, membuat Akaun amat memeningkan bagi sesetengah pihak dan Kos penyediaan Akaun juga tinggi. Dengan kurang ketepatan maklumat-maklumat Penyata Kewangan, boleh memberikan amplikasi yang memberikan impak negatif di dalam membuat keputusan.

Kami, berpengalaman dalam bidang perakauanan lebih dari 10 tahun dan caj / yuran yang kami kenakan adalah amat berpatutan serendah dari RM150.00.

Pada ketika ini nilai RM150 tidak banyak dapat dilakukan terutama bagi Peniaga mahupun pihak Syarikat. Nilainya semakin mengecil setiap tahun dan ini adalah disebabkan faktor inflasi. Dengan nilai yang kecil ini juga, kita tidak mampu mendapat pekerja atau mengupah mereka terutamanya dalam menyediakan akaun perniagaan secara bulanan.

Kini tidak lagi .... hanya dengan harga serendah RM150 sebulan anda mampu melakukannya ..... MENARIK & MURAH BUKAN... Kami mampu menyediakan perkhidmatan ini untuk anda. Dengan kadar caj terendah di pasaran bermula dari RM150 sebulan, kami berkeupayaan menyelesaikan masalah akaun Perniagaan atau Syarikat anda. Percaya atau tidak. .. tapi ini adalah KENYATAAN BENAR ... kami boleh lakukan ... dan malah kami masih meneruskan perkhidmatan ini ketika ini.

KAMI ADALAH :
Kami terdiri daripada beberapa orang dan rakan yang BERPENGALAMAN dan BERKEMAMPUAN di dalam bidang-bidang seperti:

•Perakaunan (Accounting) - ketetapan MASB dan FRS (Piawaian Perakaunan M'sia).

Penyata Kewangan yang disediakan termasuklah :

•BALANCE SHEET (Kunci Kira-kira)
•INCOME STATEMENT (Penyata Untung Rugi)
•GENERAL LEDGER (Lejar Am)
•GENERAL JOURNAL (Lejar Journal)
•BANK RECONCILIATION (Penyata Penyesuaian Bank)
•FIXED ASSETS SHEDULE (Penyata Harta dan Susutnilai)

Kami menyediakan perkhidmatan perakaunan melalui konsep secara "Accounting On-line' iaitu menggunakan kaedah internet sebagai medium perantaraan. Penyata Kewangan akan disediakan secara berkomputer dan akan mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikhendaki oleh Akta mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disamping itu pengguna akan memperolehi Penyata Kewangan mereka secara konsisten dan boleh dipercayai. Walau dimana mereka berada termasuklah sedang bercuti, mereka akan tetap tahu akan status kewangan mereka. Penyata Kewangan yang disediakan terdiri dari pelbagai bentuk seperti dalam bentuk percetakan (hardcopy) atau dalam bentuk 'softcopy' seperti Microsoft Excell, PDF Format dan lain-lain bentuk yang difikirkan sesuai.

KELEBIHAN :
•Kos Yang Minima dan Termampu
•Mengurangkan Kos Pengurusan dan Pentadbiran
•Mempertingkatkan Kawalan dan Pengurusan Kewangan
•Penyata Kewangan Yang Berkualiti dan Boleh Dipercayai
•Memudahkan Pekara dan Urusan Berkaitan Dengan Audit dan Juga Cukai
•Penyata Kewangan Disediakan Mengikuti Polisi dan Amalan Perakaunan diguna Pakai Di M'sia.
•Membantu Pemilik Perniagaan atau Syarikat Dalam Merancang Cukai Pada Peringkat Awal(Individu atau Syarikat).

Melalui kaedah & perkhidmatan yang kami tawarkan ianya akan merupakan satu cara penjimatan kos yang efektif berkesan. Setiap entiti perniagaan seperti Enterprise atau Syarikat Sdn. Bhd. tidak lagi risau dan rungsing didalam urusan penyediaan Penyata Kewangan yang lengkap dan teratur. Dengan kos bulanan yang minima sebanyak RM150, sesebuah Syarikat atau Perniagaan dapat menjimatkan kos dengan ketara disamping dapat mengawal aktiviti kewangan dan pengurusan dengan lebih cekap dan berkesan.

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT :

•Membuat pembayaran setiap awal iaitu RM150 sebulan.
•Menghantar salinan lengkap senarai dokumen seperti Senarai Wang Masuk dan Senarai Wang Keluar yang dikhendaki melalui e-mail atau cara yg difikirkan sesuai. (Hanya senarai lengkap sahaja).
•Menghantar salinan Penyata Bank (jika ada) setiap bulan.
•Menghantar maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan perakaunan.


TANGGUNGJAWAB KAMI :

•Menyediakan Penyata Kewangan setiap bulan sehingga tamat tempoh perjanjian.
•Menghantar Penyata Kewangan secara e-mail atau cara yang difikirkan sesuai setiap bulan.
•Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA dan SULIT.

Terma dan Syarat akan dinyatakan didalam perjanjian bersama (Letter of Engagement).


KOS PERMULAAN & DEPOSIT :

Sekiranya dipersetujui, maka Syarikat atau Perniagaan perlulah membuat pembayaran :

•RM150. Kos permulaan (Set-up Cost) yang terdiri dari kos membentuk dan memasukkan rekod dan data dan juga pembentukkan sistem perakaunan berkomputer, mengumpul data-data permulaan perniagaan, kos memasukkan baki awal (Opening Balance) dan sebagainya. Kos ini hanyalah sekali sahaja dikenakan. (One -time Cost)
•RM300 Merupakan Deposit yang wajib iaitu 2 bulan caj perkhidmatan (RM150 x 2 bulan). Ini memudahkan kedua-dua pihak dalam menjalankan urusan bersama.

Keseluruhan amaun adalah RM450 sahaja (Kos Permulaan dan Deposit 2 Bulan) sepanjang tempoh perjanjian ... MURAH ... jika dibandingkan dengan harga pasaran dan perkhidmatan yang diberi. Perjanjian bersama akan dibuat untuk kepentingan dan rujukan bersama.

JAMINAN KAMI :
1. Anda atau Perniagaan anda akan memperolehi Penyata Kewangan yang lengkap dan juga mematuhi amalan dan polisi perakaunan digunapakai di M'sia. Segala maklumat adalah RAHSIA dan DIPELIHARA.

2. Sekiranya anda tidak berpuashati atau merasa tidak bersesuaian dengan perniagaan anda, jaminan wang akan dipulangkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perjanjian dimerterai.


*HUBUNGI PIHAK KAMI DI 019-2866346 SEKIRANYA TERDAPAT PERSOALAN DAN JIKA ANDA INGINKAN PENJELASAN DENGAN LEBIH LANJUT


Nota :
a. Perjanjian bersama perlu dilakukan sebelum perkhidmatan ini dimulakan.
b. Caj yang dikenakan adalah berdasarkan skop dan transaksi urusniaga perakaunan dan juga kadar ukuran yang telah ditetapkan bersama seperti yang tertera di dalam perjanjian.

Saturday, January 9, 2010

Etiqa Takaful

Sudah mempunyai perlindungan diri atau insuran? Bagus ada insuran perlindungan diri ni... selain dari perlindungan, ianya juga adalah simpanan, pelaburan & ada kad perubatan.Saya adalah ejen Etiqa Takaful. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlindungan Takaful Etiqa, bolehlah menghubungi saya ni 019-2866346. Free Consultation & Quotation.

Hadis Riwayat Al-Bukhari "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"



Monday, April 6, 2009

Medic-Save Rider (Medical Card)

Hanya dengan menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital
Ciri-ciri unik Takaful Medic-Save Rider

1. Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)

2. Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak
(Guardian Benefit for Insured Child)

3. Pendapat Kedua tentang Pembedahan
(Second Surgical Opinion)

4. Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan
(Emergency Accidental Dental Treatment)

5. Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit
(Emergency Sickness Treatment)

6. Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar
Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization)

7. Jaminan memperbaharui sehingga ke umur 75 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup

8. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful

Banyak lagi kelebihan-kelebihan medical kad Etiqa Takaful. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di talian 019-2866346 (Silvia Syahril)

Wednesday, April 1, 2009

Pantun Insurans

--------------------------------------------------------------------------------

KESEDARAN ORG MELAYU...

Orang Melayu sekarang dah tak macam orang dulu..
orang dulu nak pergi hospital takut, nak gi jumpa doktor takut.
Orang melayu dulu , ada duit simpan beli perabot, gelang emas
Orang Melayu dulu ikut je apa yang orang buat..

Orang melayu sekarang dah advance,
Orang Melayu sekarang dah pandai gi hospital pakar,
tak takut jarum , tak takut jumpa doktor,
Orang melayu skrg dah pandai simpan asb
Orang Melayu sekarang dah kaya raya dan dah pandai buat business.

Tapi ada satu Orang melayu jarang buat.
Orang Melayu tak tahu apa itu insurans,
Orang Melayu tak tahu nak melabur dalam saham apa,
Orang melayu tak tahu ambil insurans tu boleh buat duit berjuta,
Orang melayu tak tahu ambil insurans tu boleh jadi kaya,
Orang Melayu tak tahu ambil insurans tu boleh lipat gandakan duit simpanan,
Orang Melayu tak tahu ambil insurans tu cover sekali duit masuk hospital,

Orang Melayu tak tahu nanti anak bini semua senang,
Orang Melayu tak tahu ambil insurans sekarang nanti anak nak sekolah besok senang,
Orang Melayu tak tahu ambil insurans bulan-bulan bila sakit besok tak yah beratur,
dapat masuk first class hospital,
dapat masuk hospital pakar, tak payah bayar,

boleh cover demam denggi, kematian, accident, kena curah air panas pun boleh.
Jatuh main bola sepak pun boleh cover..

kadang-kadang kita tak perasan,
ah jarang sakit wat apa nak ambil insurans,
tapi kita tak ingat,
orang kalau nak pergi sekejapan jer boleh pergi,
so sebelum apa terjadi biorlah kita beringat,

Orang cina dah lama dah buat benda nie,
tapi kita org melayu belum mula lagi,
sbb tu org cina boleh hantar anak gi oversea,
sbb diorang tak de biasiswa, tak de duit sendiri kena simpan bulan2,
tapi cukup ker kalau simpan 100 sebulan dapat ker jadi 100k dalam masa 10 tahun,
tapi insurans boleh...

nak bagi tahu lah nie.
Tak percaya boleh contact kami.

Silvia (019-2866346)

Credit kepada bicarajutawan.com (by Pak Wan)