Showing posts with label successful people. Show all posts
Showing posts with label successful people. Show all posts

Saturday, August 2, 2008


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


KEJAYAAN tidak akan muncul secara mendadak tetapi datang apabila seseorang itu tidak mudah mengaku kalah, sentiasa berusaha, mempunyai semangat tinggi dan bersikap positif walau diuji pelbagai cabaran.Begitu juga dengan adik-beradik yang berasal dari Ipoh, Nor Akmar Hanif, 30, dan Aida Nurlin, 26, yang tidak pernah mengenal erti penat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.


Pada usia muda, kedua-duanya hidup mewah dengan memiliki pendapatan lima angka setiap bulan. Nor Akmar dan adiknya masing-masing sudah tujuh dan lima tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan saham amanah.Nor Akmar yang memiliki ijazah kelas pertama dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) pada 1999, mula menceburi bidang perniagaan itu kerana minat yang tinggi untuk berjaya.


Katanya, beliau memang berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana mahu berdikari selain sukakan cabaran.“Saya percaya lebih hebat cabaran itu, lebih besar pulangannya. Maka bidang ini paling sesuai dengan jiwa saya,” katanya.


Walaupun mempunyai latar belakang kelulusan akademik yang berbeza daripada bidang perniagaan, beliau tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya dalam bidang perniagaan saham amanah.“Sesiapapun tidak harus rasa terikat dengan latar belakang pelajaran mereka. Hanya kerana belajar dalam satu bidang, tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam bidang lain yang diminati seperti perniagaan.“Untuk berjaya dalam bidang ini, latar belakang pelajaran tidak penting tetapi sikap dan semangat untuk maju itu yang menentukan hala tuju hidup. Sikap positif mahu berjaya menyumbang 80 peratus kepada kejayaan individu.“Selain itu, sikap mudah belajar, ada semangat berterusan bukannya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’, amat penting,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.Nor Akmar dan Aida Nurlin Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat Platinum Wealth Advisors yang disokong sebuah bank terkemuka. Pejabat dua ahli perniagaan muda itu bertempat di Dataran Ara Damansara, Petaling Jaya.


Sementara itu, Aida Nurlin yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuarial, mula membabitkan diri dalam bidang perniagaan saham amanah sejak masih menuntut di universiti itu lagi.Semangat yang tidak pernah luntur untuk menjadi terbaik dan membina kejayaan dalam hidup, mendorongnya terus berusaha walaupun terpaksa membahagikan masa antara belajar dan kerjaya sebagai perunding saham amanah.Aida berkata, bidang itu terbuka luas dan menyediakan peluang bagi sesiapa saja yang hendak berjaya, tidak gentar menghadapi cabaran serta mempunyai minat mendalam untuk maju dan tidak jemu berusaha.


Katanya, bidang perniagaan saham amanah mampu memberikan pendapatan lebih 10 kali ganda berbanding bekerja makan gaji.“Jika seseorang itu mahu lebih cabaran, laparkan kejayaan dalam hidup dan berasa wang yang mereka terima pada masa ini tidak setimpal dengan beban kerja yang terpaksa digalas, maka bidang ini sesuai untuk mereka,” katanya.


Sehingga kini, Akmar dan Aida sudah menerima lebih 100 anugerah pengiktirafan daripada sebuah bank terkemuka berikutan prestasi mereka yang cemerlang sebagai perunding saham amanah.Aida berkata, mereka bersyukur dengan rezeki yang ada kerana ia membolehkan mereka berpakaian cantik, sering bercuti ke luar negara dan menyara kedua-dua ibu bapa dengan sebaiknya.“Sepanjang kerjaya ini, saya menjalaninya dengan gembira, sentiasa bersemangat dan puas hati. Yang penting kita perlu ada rasa cinta pada apa yang kita buat,” katanya.Katanya, syarat bagi sesiapa yang ingin berjaya dalam bidang itu adalah mempunyai semangat untuk berjaya, sukakan cabaran dan cepat belajar.“Syarikat kami juga banyak membuat program mengasah bakat bagi melahirkan perunding saham amanah yang berjaya.


Kami gembira dapat membantu orang kerana ia mengubah diri mereka menjadi lebih baik.“Bukan saja dari segi ekonomi, malah personaliti dan tahap keyakinan diri juga akan meningkat apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya,” katanya.Beliau berkata, syarikatnya memberi tumpuan lebih pada melatih individu berminat sebelum terus menjalani praktikal untuk berjumpa pelanggan dan menjalankan perniagaan saham amanah.“Tapi mereka perlu mendapatkan lesen daripada Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM) sebelum layak menjalankan tugas sebagai perunding saham amanah,” katanya.

Azizah Saad Experience in Unit Trust

ARKIB : 12/03/2007


Azizah pernah ‘cuci rambut’ kawan untuk cari duit poket

Mukadimah
SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Keluarga: Apakah sebenarnya unit amanah?

Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?

Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik
UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.

Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?

Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.
Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?

Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.
Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.
Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?

Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.
Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?

Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.
Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Frannez's (putera) experience in Unit Trust

Salamz..aku just nk share serba sedkit pengalaman aku dalam berniaga..bisnes pertama aku adalah menjual burger.masa tu aku masih blaja di slah sebuah IPT di malaysia ni.Malam2 jer trus bukak gerai depan pintu masuk kampus,mmg market aku student pada masa tu..Pada hari pertama mniaga aku bjaya jual hampir 50 biji burger...gembira btul aku masa tu.walaupun seronok tp penat tak usah citer la..yer la siang2 gi klas mlm lak meniaga.tp bila pk kan dgn pendpatan yg aku dpat,,aku nekad utk truskan jugak.Burger aku makin ari makin laku.ini terbukti bila aku mampu jual hampir 80 biji burger setiap mlm selepas sebulan meniaga....

Namun bisnes ni aku ni x lama bila satu malam penguatkuasa buat rush dan trus saman dan angkut gerai aku dengan alasan meniaga tanpa lesen.tduduk aku mase tu..tp aku redha..Aku blur jap x tau nk wat pe lepas kejadian tu.down gak la 2-3 minggu..last2 ade satu membe aku ajak aku join buat satu MLM yg bole dikatakan top jugak la pada mase tu.modal starting pun agk besar.dgn duit simpanan yg aku ada,aku gunakanla untuk join MLM ni.mula2 aku rase seronok buat mnde ni,ye la jumpe ramai org,travel sana,travel sini.tp semenye x lama.,bila company MLM aku ni tpaksa ditutp coz xde lesen AJL. mase tu aku btul2 rase kecewa. yer la baru je nk pulih semangat dr kegagalan bisnes burger aku.aku rase suku je modal aku dapat balik.mmg kecewa btul aku..Sejak hari aku aku tekad takkan join lagi mana2 MLM punKemudian aku mula bjinak2 dgn dgan skim internet yg pernah gempar melanda negara kita satu masa dlu.mula2 join mmg seronok. mmg byk duit yg aku dpat..at least aku dapat cover balik lost aku mase buat MLM ngan jual burger dlu..aku mula rase seronok..da berangn2 nk pakai kete baru.dgn skim2 internet yg tumbuh bgai cendawan pada msa tu aku pun mula join satu demi satu program..nk diversify la kononye.tp bile kerajaan da mula bising pasal skim ni..kehidupan aku mula berubah,.aku dah xde income coz satu demi satu program tutup,upline ntah lari kemana,.dowline pulak dok cari2 aku.aku pressure giler..ape aku nk buat pasni?akhirnya aku gagal utk kali ke 3 berturut2 dlm mencari duit.,bila pk2 balik duit aku pun byk abis,ape pun ade hikmah di sebalik seme ni.keberkatan itu penting..aku tekad nk cari peluang2 bisnes yg btul2 secure n bg pulangan yg berbaloi dgn usaha aku.

Satu hari,aku ade terbaca dalam suratkhabar tentang sorang wanita yg pendpatannya hampir mencecah rm100,000 sebulan.!!kagum aku..muda lagi plak tuh.aku teruja nk tau ape bisnes die buat..lpas baca seluruh artikel tu baru la aku tau rupe2nye die buat duit dgn unit trust!!terbakar semangat aku bgaimana sorang wanita yg masih muda bole dapat income camtuh.aku tekad nk jd cam dier.,tapi ape itu unit trust?aku langsung zero pasal mende ni mase tu..akhirnya aku bjumpa dgn seseorang (upline aku dlm unit trust skang) yg bertangungjawab bawak aku ke Public Mutual (salah sebuah company unit trust terbesar di Malaysia) dan seterusnya bg tunjuk ajar kat aku camne nk dapat pendapatan seperti wanita tu.Dengan tunjuk ajar dari beliau dan rakan2 dari group aku,aku pun memulakn langkah pertama aku sebgai unit trust consultant!

Mula2 aku igt mesti susah nk cari n convince org melabur dalam unit trust nih.tp rupe2 nye aku silap.1st client yg aku jumpe invest rm30,000 even aku bru je knal die. komisyen yg aku dpat dr situ rm855.itu baru 1st client!!Bg aku ni satu pencapaian yg baik bg newbies cam aku ni.ramai gak client aku jumpe dlm minggu pertama tu.boleh dikatakn 70% dr mereka mmg bminat pasal unit trust dan ingin melabur.. Dsini aku da nmpak betapa besarnye peluang utk buat duit dlm industri unit trust nih.Aku da mula rase puas dan seronok coz dapt income 4 angka sebulan.aku berazam utuk capai 5 angka sebulan dlm mase terdekat,aku yakin inilah perniagaan yg sesuai untuk aku!