Friday, September 5, 2008

Skim cepat kaya Vs Unit Amanah

Skim cepat kaya Vs Unit Amanah

Jika diberikan pilihan saya akan pilih Unit Amanah ! Kenapa…

Ada 3 sebab mengapa saya memilih Unit Amanah !

1. Pengiktirafan- Unit Amanah mendapat pengiktirafan dari pelbagai badan-badan pemerhati yang berkaitan dengan saham dan pelaburan di Malaysia, dan juga mendapat anugerah dari pelbagai agensi serta mendapat dividen yang amat menguntungkan dari aspek masa pelaburan yang panjang. Skim cepat kaya pula ada bermacam-macam di Internet serta diluar sana, kenapa harus kita memilih skim cepat kaya ini ? Adakah kerana mahu mengejar kekayaan yang tidak ada pengikhtirafan dari mana-mana agensi pun.

2. Keuntungan- Keuntungan yang melibatkan dua pelaburan ini masing-masing mempunyai kadar dividen yang tinggi serta hanya membezakannya adalah mana satu yang betul-betul boleh memberikan kita kepuasan hati dalam pelaburan adalah Unit Amanah kerana Unit Amanah ini dijamin tiada unsur-unsur penipuan serta tidak melibatkan kegiatan tidak sihat seperti akan ditipu oleh pihak pengurusan kecuali lah pelabur mencari agen Unit Amanah yang tidak betul. Keuntungan skim cepat kaya biasanya banyak dalam tempoh program ia berlangsung seperti bulan pertama boleh memberikan kepada pelabur kadar dividen sehinnga 50% untuk menarik minat lebih ramai melabur dalam dan bulan kedua mungkin akan dinaikkan sedikit sehingga 90% keuntungan pelaburan tersebut ini untuk menarik minat pelabur lain untung mendapat keuntungan banyak dan seterusnya memasuki skim ini. Bagi Unit Amanah, pelaburan bergantung pada ekonomi dan bukan berdasarkan bilangan orang yang memasuki unit ini, pelaburan ini kadang-kadang boleh mencecah sehingga >20% setahun mengikut dana yang dibeli. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Unit Amanah adalah pelaburan jangka masa panjang.

3. Bimbingan - Bimbingan dari agen unit amanah penting dalam suatu pelaburan kerana pelabur mungkin daripada yang kurang pengetahuan tentang perkara ini jika tidak mungkin mereka akan melakukan pelaburan ia sendiri, dalam unit amanah agen akan memberikan penerangan tentang unit amanah serta akan memberikan bimbingan kepada pelabur mereka tentang akaun pelabur berkenaan dan akan menghantar report pada pelabur untuk melihat keberkesanan pelaburan mereka dalam unit ini, skim cepat kaya pula melabur melalui internet serta kita tidak kenal akan ketua yang memulakan pelaburan ini, dan tiada bimbingan akan diberikan melainkan cara menarik orang ramai melalui cara menipu contohnya membuat cek-cek palsu yang menunjukkan income mereka didalam pelaburan skim cepat kaya tersebut. Skim ini biasanya akan bertahan tidak lama kemungkinan paling lama dalam setahun pasti akan lingkup kerana ditahan oleh Bank Negara ataupun penganjur melarikan diri dan mengambil semua duit palbaburan itu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

No comments: