Saturday, August 2, 2008

Article from Utusan Malaysia

Jualan tiga dana ekuiti Public Mutual RM2.5 bilion

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Public Mutual Bhd. (Public Mutual), anak syarikat milik penuh Public Bank hari ini mengumumkan penjualan unit Public Dana China Select (PCSF), Public Dana Far-East Property and Resorts Fund (PFEPRF) serta Public Dana Islamic Asia Dividend (PIADF) bernilai lebih RM2.5 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, permintaan bagi PCSF mendapat sambutan paling tinggi iaitu bernilai lebih RM1 bilion melibatkan lebih daripada empat bilion unit telah terjual sejak ia dilancarkan pada Jun lalu.‘‘Pihak kami telah meningkatkan saiz dana PCSF kepada 6.5 bilion unit bagi memenuhi permintaan pasaran,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini.Katanya, PCSF merupakan sebuah dana ekuiti yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana dan jangka panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelaburan di China, termasuk Hong Kong serta Taiwan.

Menurutnya, dana hartanah dan kawasan peranginan Public Mutual yang baru dilancarkan, PFEPRF juga menerima sambutan baik dan sehingga ini, lebih RM500 juta atau lebih dua bilion unit telah dijual.Tambahnya, PFEPRF merupakan pelaburan dalam pembangunan hartanah, amanah pelaburan hartanah (REITs), pelaburan dan pembangunan hotel serta peranginan yang direka khusus untuk pelabur yang yang mengejar pertumbuhan jangka sederhana.Menurut beliau, permintaan dana dividen berlandaskan Syariah, PIADF pula, turut mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih RM1.12 bilion atau 4.5 bilion unit dana tersebut berjaya dijual.

-sumber dari utusan malaysia-

No comments: