Thursday, August 21, 2008

Bursa saham terus ditutup rendah - 23.6.08

Bursa saham terus ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Harga-harga saham di Bursa Malaysia masih berada dalam aliran menurun keseluruhannya pada akhir dagangan hari ini apabila kaunter-kaunter mewah utama mengalami tekanan jualan dan pelabur pula enggan memasuki pasaran disebabkan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata peniaga.

Pada pukul 5.00 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 11.26 mata atau 0.93 peratus kepada 1,195.41 setelah dibuka 8.03 mata lebih rendah pada 1,198.64 pagi tadi.

Indeks Perusahaan ditutup 34.58 mata lebih rendah pada 2,552.92 dan Indeks Kewangan susut 32.08 mata kepada 8,815.28.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas jatuh 50.54 mata kepada 7,983.13 dan FBM30 turun 44.36 mata kepada 7,756.78.

Indeks lain juga lebih rendah. FBM2BRD turun 60.26 mata kepada 5,489.49 dan FBM-MDQ susut 46.66 mata kepada 4,310.58.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 402 berbanding 197 manakala 232 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 27 digantung urus niaga. Jumlah dagangan mengecil kepada 338.045 juta saham bernilai RM818.363 juta daripada 450.714 juta saham bernilai RM1.154 bilion Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 278.228 juta saham bernilai RM797.813 juta daripada 390.319 juta saham bernilai RM1.133 bilion Jumaat lepas.

Di Papan Kedua jumlah dagangan turun kepada 16.872 juta saham bernilai RM14.668 juta daripada 21.587 juta saham bernilai RM16.202 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 21.670 juta saham bernilai RM5.085 juta daripada 15.485 juta saham bernilai RM3.728 juta.

Waran opsyen belian susut kepada 21.275 juta saham bernilai RM797,592 berbanding 23.323 juta saham bernilai RM1.083 juta sebelumnya.

Urus niaga langsung berkurangan kepada 31.806 juta saham bernilai RM44.432 juta daripada 60.778 juta saham bernilai RM36.628 juta Jumaat lalu.

Antara saham-saham cergas, Gamuda turun enam sen kepada RM2.13 dan AirAsia susut 4.5 sen kepada 82 sen manakala Bumiputra-Commerce kekal pada RM8.25.

Kaunter-kaunter lain termasuklah IOI Corp yang turun lima sen kepada RM7.55 dan Resorts World yang menokok sesen kepada RM2.82.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 15 sen kepada RM9.20, Public Bank susut 10 sen kepada RM10.20 dan Tenaga Nasional jatuh lima sen kepada RM8.10.

Namun begitu, Maybank naik lima sen kepada RM7.15.

Sektor barangan pengguna menguasai 10.398 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 22.559 juta, pembinaan 35.210 juta, perdagangan/perkhidmatan 91.436 juta, teknologi 1.634 juta, prasarana 15.407 juta, kewangan 42.222 juta, hotel 521,500, harta 19.468 juta, perladangan 15.338 juta, perlombongan tiada, REIT 889,700, dana tertutup 60,200, ETF 30,000, dan pinjaman 23.054 juta.

— BERNAMA

No comments: