Saturday, August 2, 2008

Market performance as at 30.08.07

Bursa Malaysia kukuh pada penutupUtusan

MalaysiaKUALA LUMPUR 30 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia lebih kukuh pada penutup hari ini ekoran sentimen yang meningkat, dicergaskan oleh pengumuman data pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata peniaga.Ekonomi Malaysia berkembang 5.7 peratus pada suku kedua 2007 berbanding 5.5 peratus pada suku pertama, dirangsang oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 10.23 mata untuk ditutup pada 1,273.93 selepas dibuka 9.20 mata lebih tinggi pada 1,272.90 pagi ini.Sepanjang sesi hari ini, ia bergerak antara 1,266.60 dan 1,278.10.

Peniaga berkata pasaran juga dinaikkan oleh satu siri perkembangan korporat yang memuaskan, termasuk pelaburan baru dari Timur Tengah ke wilayah ekonomi selatan bernilai RM4.2 bilion.Disamping itu, musim laporan kewangan yang baru berakhir hari ini, memperlihatkan kebanyakan syarikat senarai awam mengumumkan keputusan yang kukuh, yang sekaligus merangsangkan keyakinan pelabur untuk menyertai bursa tempatan, kata mereka.

No comments: