Thursday, August 21, 2008

Pelabur tidak perlu bimbang, turun naik perkara biasa

Pelabur tidak perlu bimbang, turun naik perkara biasa
- Bernama

KUALA LUMPUR 20 Mei - Aliran menurun di pasaran Bursa Malaysia adalah perkara biasa dan tiada apa yang harus dirisaukan kerana negara mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan aliran masuk dana asing semasa yang positif, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar).

Beliau berkata asas-asas positif ini akan berterusan dalam menyediakan rangsangan kepada pasaran ekuiti tempatan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan pasaran-pasaran global.

"Dalam tempoh awal tahun hingga se- karang, pasaran kita adalah stabil, sungguh pun pasaran di luar negara begitu meruap dan turun naik dengan begitu mendadak, tapi pasaran kita nampaknya dapat bertahan dengan gelombang yang begitu mencabar," katanya.

"Jadi, turun naik sepuluh mata atau dua puluh puluh mata, sebagai contoh, adalah perkara biasa dalam adat pasaran sekarang dan saya tak nampak pasaran kita akan menjadi sebuah pasaran yang turun naik, yang mana turun naik adalah 50 mata atau 100 mata dalam masa sehari...kita tidak (akan menjadi sebegitu).

"Kita (pasaran Bursa Malaysia) stabil, adakala ianya naik sikit dan ada kala ianya turun sikit.

"Tapi, saya percaya dan saya yakin ba- hawa keadaan asas ekonomi kita tidak berubah dan memang stabil meskipun prospek pasaran global yang mencabar tahun ini ekoran kesan dari krisis pinjaman subprima AS dan keadaan geo-politik dunia yang tidak menentu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada aliran menurun semasa di pasaran Bursa Malaysia pagi ini disebabkan oleh keadaan politik dalaman yang tidak menentu.

Nor Mohamed berkata pasaran saham di Malaysia adalah berbeza berbanding mana-mana pasaran di dunia berikutan negara mempunyai daya tahan serta tahap serapan atau fleksibiliti yang tersendiri.

"Dalam menghadapi cabaran dunia sekarang, perbezaan Malaysia dengan negara-negara lain ialah Malaysia mempunyai daya tahan tersendiri dan kita mempunyai ruang dan peluang untuk mengubah atau melakukan beberapa perubahan untuk menghadapi cabaran.

"Ini kerana, Malaysia tidak terlalu bergantung kepada eksport sahaja tapi kita mempunyai sektor atau sumber penjanaan ekonomi dalaman seperti penggunaan domestik dan pelaburan," katanya.

Oleh yang demikian, Nor Mohamed berkata kerajaan akan terus menggunakan kelebihan yang dimiliki negara ini dalam menghadapi tekanan dari krisis- krisis semasa global.

"Jadi, kerajaan akan menggunakan ke- lebihan ketahanan, kelebihan fleksibiliti ini dengan sedemikian rupa supaya bukan sahaja kita dapat bertahan dalam keadaan dan cabaran yang begitu sengit dan hebat, tapi kita juga akan maju dan berjalan terus untuk mencapai Wawasan 2020," katanya.

No comments: