Thursday, August 21, 2008

Bursa Malaysia ditutup rendah - 17.6.2008

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan tekanan jualan pada saham wajaran tinggi terpilih, kata para peniaga.

Mereka berkata saham berkaitan kewangan utama merupakan peneraju saham rugi setelah pelabur mengurangkan pegangan mereka disebabkan oleh kebimbangan kenaikan inflasi dalam negara akan membawa kepada pertumbuhan pinjaman yang perlahan serta pinjaman tidak berbayar yang lebih tinggi.

Pada pukul 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 10.30 mata atau 0.83 peratus untuk ditutup pada 1,227.76 selepas dibuka 0.19 mata lebih rendah pada 1,237.87.

Indeks Perusahaan susut 0.13 mata kepada 2,619.88, Indeks Perusahaan turun 111.34 mata kepada 9,189.65 dan Indeks Perladangan merosot 30.80 mata kepada 7,887.11.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas susut 60.78 mata kepada 8,199.24 dan FBM30 berkurangan 59.20 mata pada 7,952.12.

FBM2BRD jatuh 43.38 mata kepada 5,580.16 dan FBM-MDQ berkurangan 58.57 mata kepada 4,512.34.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 401 berbanding 227 manakala 237 kaunter tidak berubah, 543 tidak didagangkan dan 29 digantung.

Jumlah dagangan hari ini pada 312.579 juta saham bernilai RM700.760 juta berbanding 387.319 juta saham bernilai RM867.207 semalam.

Mendahului saham paling aktif ialah Bursa-CJ, yang turun setengah sen kepada satu sen manakala IOI Corp kekal RM7.30.

Saham lain termasuk Transmile yang naik empat sen kepada RM1.54, Sime Darby menambah lima sen kepada RM9.35 manakala Resorts World susut tiga sen kepada RM2.90.

Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 247.952 juta saham bernilai RM684.798 juta dari 325.754 juta saham bernilai RM846.536 juta semalam.

Perolehan dagangan di Papan Kedua berkurangan kepada 14.945 juta saham bernilai RM9.493 juta berbanding dengan 23.426 juta saham bernilai RM15.596 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq bagaimanapun, meningkat kepada kepada 20.484 juta saham bernilai RM5.524 juta berbanding 17.437 juta saham bernilai RM3.777 juta semalam.

Jumalah dagangan waran panggilan juga melonjak kepada 29.198 juta saham bernilai RM944,531 dari 20.702 juta saham bernilai RM1.297 juta sebelumnya.

Niaga janji perniagaan langsung meningkat kepada 18.052 juta saham bernilai RM51.426 juta berbanding 10.865 juta saham bernilai RM8.141 juta pada Isnin.

Mengikut sektor, barangan penguna menguasai 9.915 juta saham didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 30.459 juta, pembinaan 16.537 juta, dagangan & perkhidmatan 81.138 juta, teknologi 8.085 juta, infrastruktur 7.563 juta, kewangan 35.090 juta, hotel 4.605 juta, hartanah 22.040 juta, perladangan 18.010 juta, perlombongan 10,000, REITS 608,600, tertutup/dana 16,000, ETF 68,700 dan pinjaman 13.807 juta.

No comments: