Saturday, August 2, 2008

Bursa Saham 27.8.2008

Belian susulan, Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia lebih tinggi pada penutup hari ini ekoran pembelian susulan menyeluruh di kaunter-kaunter yang berkaitan indeks dan saham mewah utama, disokong oleh prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik, kata peniaga.Mereka berkata MISC dan Petronas Gas paling banyak menyumbang kepada peningkatan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), menggerakkannya pada 4.75 mata lebih tinggi atau 0.37 peratus untuk ditutup pada 1,278.27.

Pada pembukaan, Indeks Komposit menokok 9.42 mata kepada 1,282.94 berbanding 1,273.52 yang dicatatkan pada penutup Jumaat. Indeks Komposit bergerak antara 1,274.33 dan 1,292.20 sepanjang hari dagangan.Indeks Papan Kedua menokok 0.31 mata kepada 105.61, Indeks Mesdaq menokok 0.70 mata kepada 125.40.Indeks Kewangan meningkat 4.52 mata kepada 10,374.4 dan Indeks Perindustrian menokok 23.45 mata kepada 2,492.33.Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas melonjak 92.59 mata kepada 8,701.38 dan FBM30, yang melibatkan 30 syarikat utama berdasarkan penguasaan pasaran penuh, meningkat 9.84 mata kepada 8,084.15.Kaunter-kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 531 berbanding 315 manakala 266 kaunter tidak berubah, 287 tidak diniagakan dan 34 lagi digantung.Jumlah dagangan meningkat kepada 1.3 bilion saham bernilai RM1.787 bilion berbanding 1.197 bilion saham bernilai RM1.878 bilion pada penutup Jumaat.

Seorang penganalisis di firma pembrokeran tempatan berkata pasaran yang naik turun sejak kebelakangan ini, kini pulih perlahan-lahan dan menuju aliran meningkat apabila pelabur menjangkakan berita baik daripada Bajet 2008 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu depan.Sementara itu, jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 980.692 juta saham bernilai RM1.67 bilion berbanding 1.008 bilion saham bernilai RM1.77 bilion pada penutup Jumaat.Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 60.59 juta saham bernilai RM47.658 juta berbanding 63.354 juta saham bernilai RM63.842 juta sebelum ini.Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 66.788 juta saham bernilai RM41.869 juta berbanding 63.275 juta saham bernilai RM36.61 juta yang direkodkan sebelum ini.Waran panggilan melonjak kepada 192.77 juta saham bernilai RM27.972 juta berbanding 61.533 juta saham bernilai RM8.121 juta pada Jumaat.

Urus niaga langsung meningkat kepada 28.97 juta saham bernilai RM28.614 juta berbanding 25.88 juta saham bernilai RM15.734 juta yang direkodkan pada Jumaat.Antara saham aktif, Keladi Maju dan Land General masing-masing menokok tiga sen kepada 35.5 sen dan 76 sen, Chalco-C1 meningkat 14 sen kepada 23 sen manakala Time dotCom menambah lima sen kepada RM1.14.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 28.747 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 100.158 juta, pembinaan 130.949 juta dan perkhidmatan dan perdagangan 250.666 juta, teknologi 21.782 juta, infrastruktur 41.227 juta, kewangan 43.425 juta, hotel 9.701 juta, hartanah 281.988 juta, perladangan 15.474 juta, perlombongan 108,200, REITS 1.608 juta, dana tertutup 314,000, ETF 428,100 dan pinjaman 54.119 juta. - Bernama -

No comments: