Saturday, August 2, 2008

Bernama - 3 Sept 2007

Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 3 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, dirangsang oleh sentimen yang meningkat berikutan kenaikan Jumaat lepas di Wall Street dan jangkaan langkah perangsang ekonomi dalam Bajet 2008 yang akan diumumkan Jumaat ini.

Indes Komposit Kuala Lumpur meningkat 10.21 mata untuk ditutup pada 1,284.14 selepas dibuka sepuluh mata lebih tinggi pada 1,283.93.Indeks Perusahaan naik 13.68 mata kepada 2,493.03.

Indeks Papan Kedua naik 0.68 mata kepada 104.76 dan Indeks Mesdaq bertambah 0.24 mata kepada 124.25.Daripada siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas meningkat 82.29 mata kepada 8,708.73 dan FBM30 meningkat 38.18 mata kepada 8,132.92.Saham rugi mendahului yang untung sebanyak 585 berbanding 277 manakala 227 kaunter tidak berubah, 307 tidak diniagakan dan 27 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 999.510 juta saham bernilai RM1.705 bilion berbanding 952.148 juta saham bernilai RM1.656 bilion Khamis lepas.Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 780.487 juta saham bernilai RM1.599 bilion daripada 733.785 juta saham bernilai RM1.561 bilion Khamis lepas.Jumlah dagangan Papan Kedua meningkat kepada 53.720 juta unit bernilai RM46.447 juta berbanding 40.075 juta unit bernilai RM31.168 juta sebelumnya.Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq susut kepada 70.186 juta saham bernilai RM42.732 juta daripada 84.281 juta saham bernilai RM48.015 juta Khamis lepas.Waran panggilan meningkat kepada 95.122 juta unit bernilai RM16.421 juta daripada 94.005 juta unit bernilai RM15.251 juta sebelumnya.Urus niaga langsung turun kepada 66.322 juta saham bernilai RM155.364 juta daripada 48.166 juta saham bernilai RM56.234 juta Khamis lepas.

Seorang penganalisis berkata kenaikan itu dijangka berterusan esok kecuali pasaran AS semalaman lemah."Pada peringkat ini, para pelabur masih berhati-hati terhadap arah haluan pasaran AS, sungguhpun Jumaat lepas terdapat pengumuman mengenai rancangan untuk mengatasi kebimbangan pinjaman gadai janji subprima," katanya.

Di kalangan pendahulu dagangan, Land & General untung 10 sen kepada 84.5 sen, Hubline bertambah 8.5 sen menjadi 67 sen, Keladi Maju menokok satu sen menjadi 36 sen, Sanbumi naik 10 sen kepada 61.5 sen, TimedotCom bertambah tiga sen menjadi RM1.10 dan Ranhill bertambah lapan sen kepada RM3.18.Antara saham mewah, Maybank bertambah 10 sen kepada RM11.70, Tenaga untung 35 sen kepada RM10.30, Bumiputra-Commerce meningkat 10 sen kepada RM11.00, Telekom bertambah lima sen kepada RM9.80 dan Shell meningkat 20 sen kepada RM10.90.Berdasarkan sektor, barangan pengguna menyumbang 26.090 juta saham diniagakan di Papan Utama, barangan industri 107.189 juta, pembinaan 80.246 juta, dagangan dan perkhidmatan 214.891 juta, teknologi 14.691 juta, infrastruktur 28.114 juta, kewangan 48.413 juta, hotel 3.839 juta, harta 202.141 juta, perladangan 18.218 juta, perlombongan 21,000, REIT 2.472 juta, dana tertutup 189,600, ETF 320,500, dan pinjaman 33.651 juta. - Bernama

No comments: