Saturday, August 2, 2008

Dana-dana Public Mutual - secara ringkas

Jenis-jenis Dana dalam Public Mutual

Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun, amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda.

Jenis-jenis Unit Amanah Berlandaskan Islam Yang Terdapat Didalam Public Mutual:
1. Dana pendapatan (Income Fund):
Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.Contoh dana: Public Islamic Dividend Fund (PIDF)

2. Dana pertumbuhan modal (Capital Growth Fund):
Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.Contoh dana:
~Public Islamic Equity Fund (PIEF),
~Public Islamic Opportunities Fund (PIOF),
~Public Asia Ittikal Fund (PAIF),
~Public Ittikal Fund (P Ittikal)

3. Dana terimbang (Balanced Fund):
Mempunyai tiga objektif:
#pendapatan,
#kenaikan nilai sederhana, dan
#pemeliharaan modal.
Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.Contoh dana: Public Islamic Balanced Fund

4. Dana bon (Bond Fund):
Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.Contoh dana:
~Public Islamic Bond Fun (PI BOND),
~Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)

5. Dana pasaran wang (Money Market Fund):
Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.Contoh dana: Public Islamic Money Market Fund

Dana-dana yg disebutkan diatas diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

No comments: