Saturday, August 2, 2008

Produk Yang Boleh Dipercayai

22 produk tempatan paling dipercayai

KUALA LUMPUR – Reader’s Digest hari ini telah mengiktiraf 22 jenama tempatan termasuk kategori kereta, khidmat stesen petrol, makanan dan minuman dalam satu tinjauan tahunan jenama.

Bagi kategori kereta yang paling digemari, Proton memperoleh Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest, berkongsi tempat bersama-sama dengan Honda dan Toyota.

Para pengguna juga lebih gemar menggunakan minyak petrol Petronas dan Shell di Malaysia berbanding jenama lain.

Pengarah Pengiklanan Reader’s Digest Asia, Simon Cholmeley berkata, tinjauan dijalankan untuk jenama yang diyakini mempunyai kredibiliti yang amat baik kerana keputusan dibuat berdasarkan undian pengguna secara menyeluruh.“Kaedah pengundian dan metodologi tinjauan yang profesional membolehkan keputusan yang tepat diperoleh.“Jenama yang diyakini bermakna jenama yang sentiasa berada dalam ingatan pengguna,” kata beliau dalam majlis penyampaian Anugerah Jenama Reader’s Digest di sini.

Katanya, buat pertama kalinya, Universiti Malaya menjadi universiti yang paling diyakini manakala Pusat Perubatan Gleneagles Intan Kuala Lumpur memenangi kategori perkhidmatan perubatan.Katanya, kedua-dua kategori tersebut merupakan kategori yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

Menurut Simon, kajian tahun kesembilan itu dijalankan di tujuh pasaran di Asia termasuk Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand untuk membuat undian melalui 43 kategori.“Pihak kami sentiasa mengemaskini data untuk memasukkan maklumat-maklumat terbaru yang berguna bagi pengguna.“Ini amat penting bagi memastikan kualiti dan imej sesuatu jenama terus meningkat dan berupaya mencapai kepuasan pengguna,” katanya.

Selain itu, Amanah Saham Nasional Berhad dan Public Mutual telah memenangi kategori tabung pelaburan manakala Maybank dan Public Bank menerusi kategori bank yang dipercayai.

Bagi kategori-kategori lain yang mendapat kepercayaan pengguna ialah DHL dan Poslaju mendapat keyakinan untuk perkhidmatan penghantaran barangan yang menepati waktu, Sime UEP Properties (pemaju hartanah), Giant (pasar raya), Habib Jewels dan Poh Kong (barang kemas).

No comments: