Saturday, August 2, 2008

Saiz dana meningkat 3.3 billion

Arikel 1. Saiz dana PFEPRF naik 3.3b

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Public Mutual Bhd. (Public Mutual) hari ini mengumumkan peningkatan saiz Public Dana Far-East Property and Resorts Fund (PFEPRF) kepada 3.375 bilion unit.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, pembesaran saiz dana itu dilakukan berikutan permintaan permintaan daripada para pelabur.‘‘Dana ini menerima sambutan yang baik kerana ia memberi peluang kepada para pelabur untuk membuat pelaburan secara dinamik dan pelbagai meliputi jenis-jenis hartanah yang berbeza di rantau Asia Pasifik,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Puclic Mutual merupakan anak syarikat milik penuh Public Bank.Kata Kim Hong, PFEPRF yang dilancarkan pada Julai lalu merupakan dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.Menurutnya, dana itu dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelaburan dan pembangunan hartanah, pelaburan dan pembangunan hotel dan amanah pelaburan hartanah (REITs) di pasaran domestik dan serantau.

Artikel 2. Bajet 2008 bukan punca pasaran saham merosot.
Oleh Amirullah Andi Nur dan Zainab Mohd Yatim (BERITA HARIAN)

KESAN Bajet 2008 kepada prestasi ekonomi serta pasaran saham tidak dapat dilihat secara serta-merta, sebaliknya dalam tempoh jangka panjang, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Beliau turut menegaskan bahawa penurunan di Bursa Malaysia kelmarin, iaitu hari urus niaga pertama selepas pembentangan Bajet 2008 bukan kerana reaksi negatif pelabur terhadap bajet itu, tetapi berpunca daripada faktor luaran.

Katanya, walaupun Bajet 2008 memperuntukkan perbelanjaan lebih besar serta menampilkan strategi progresif, namun Bursa Malaysia jatuh pada Isnin apabila sentimen pelabur dijejaskan penurunan di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman perangkaan pekerjaan di negara itu.“Bagaimanapun, kejatuhan itu tidaklah besar (seperti di pasaran saham lain), tetapi ia hanya sedikit,” katanya kepada selepas merasmikan seminar anjuran Persatuan Penerbit-Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA), di Kuala Lumpur, semalam.

Isnin lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 14.20 mata untuk ditutup pada 1,290.70 mata.Semalam penanda aras utama Bursa Malaysia itu merosot 4.37 mata untuk ditutup pada 1,286.33 mata kerana pelabur masih bersikap berhati-hati berikutan prestasi semalaman Wall Street dan bursa serantau yang bercampur-campur susulan kebimbangan kemungkinan berlaku kemelesetan di AS berikutan penurunan perangkaan pekerjaan di negara itu.Nor Mohamed berkata, kerajaan yakin Bajet 2008 akan membantu ekonomi negara mencatatkan prestasi menggalakkan disokong pelbagai faktor lain.“Semua langkah diumumkan (dalam Bajet 2008) seperti tumpuan kepada pembangunan modal insan dan kebenaran pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang daripada Akaun 2 caruman mereka setiap bulan adalah positif untuk ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, bajet itu juga mengambil kira keadaan tidak menentu keadaan ekonomi di negara barat akibat daripada isu gadai janji perumahan subprima di AS.“Kesan isu subprima di AS itu masih belum jelas, sama ada hanya kepada pasaran saham negara itu saja atau kepada ekonomi benarnya.“Justeru, bajet itu dirangka dengan mengambil kira keadaan tidak menentu itu. Ia (keadaan tidak menentu itu) juga adalah sebab mengapa kita mengunjurkan (pertumbuhan ekonomi) antara enam hingga 6.5 peratus.“Jika kesannya teruk, kita dijangkakan masih mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi enam peratus, tetapi jika krisis itu tidak teruk kita boleh mencapai 6.5 peratus,” katanya.

Nor Mohamed berkata, kekuatan ekonomi Malaysia terletak kepada keanjalannya untuk menangani krisis iaitu sesuatu langkah itu boleh dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.“Malaysia sentiasa memiliki keanjalan untuk menangani krisis (ekonomi) seperti yang berlaku pada 1971, 1986 dan 1997.“Menerusi pengajaran yang diperoleh, ekonomi Malaysia kini lebih pelbagai dan kerajaan kini memiliki banyak sumber untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

No comments: