Saturday, August 2, 2008

Market performance as at 20.9.2007

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di mana saham-saham berharga murah dan berwajaran berat meneruskan keuntungan masing-masing dengan sentimen dirangsang oleh kecergasan semalaman di Wall Street, kata seorang peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur ditutup 11.51 mata 0.89 peratus lebih tinggi kepada 1,308.67 selepas meningkat 4.14 mata ketika dibuka pada 1,301.30 berbanding penutup semalam pada 1,297.16. Ia mencecah paras tinggi seharian 1,308.67.

"Pasaran mendapat semangat daripada pengurangan kadar dana Persekutuan AS iaitu kepada 4.75 peratus daripada 5.25 peratus serta prestasi lebih baik di Wall Street," kata beliau.

SBB Securities dalam laporan penyelidikannya hari ini berkata yang langkah tegas dan berjaga-jaga oleh Rizab Persekutuan mungkin mampu menyokong pasaran terus cergas untuk "dua atau tiga" hari lagi dan membolehkan kitaran ekonomi AS bergerak berterusan dan bukannya mengalami kemelesetan sepanjang 2008. Ini sekali gus memberi keyakinan padu kepada para pelabur yang Asia boleh bertahan dengan sebarang kejatuhan.

Kaunter-kaunter perladangan, terutamanya yang berkaitan dengan penanaman kelapa sawit, terus menyerlah kerana harga-harga minyak mentah kekal melebihi AS$80 setong. Minyak sawit digunakan untuk menghasilkan bahan bakar alternatif seperti biodiesel.

No comments: