Saturday, August 2, 2008

KWSP

Sedikt info menarik mengenai unit trust!

Dana amanah bantu jana ekonomi negara
TUJUAN utama dana saham unit amanah diwujudkan bertujuan memberikan peluang kepada masyarakat yang tiada masa, tiada kepakaran untuk melabur terus di pasaran saham.
Ia juga memberi peluang kepada pelabur yang kekurangan modal untuk membeli saham mewah. Pelabur dana amanah mempunyai dua pilihan pelaburan sama ada membuka akaun secara wang sendiri ataupun menerusi wangnya dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Saya ingin merujuk kepada laman web KWSP yang menerangkan bahawa kadar dividen yang diberi pencarum dalam tempoh lima tahun sejak 2001 sehingga 2005 adalah 13.5 peratus dan dibahagi lima tahun menjadikannya 2.7 peratus setahun.Fakta ini selaras dengan kenyataan Pengerusi KWSP, Tan Sri Abdul Halim Ali pada 9 Ogos lalu yang mengatakan dividen KWSP sebanyak 2.5 peratus setahun adalah dijamin kerajaanIni bermaksud dividen syarikat saham amanah adalah tidak sama walaupun dijamin kerajaan. Bagaimanapun kenyataan Presiden Persekutuan Pengurus Unit amanah Malaysia, Datuk Tunku Yaacub Tunku Abdullah yang memetik laporan terkini firma penyelidikan dana antarabangsa Standard and Poor melaporkan purata prestasi industri dana amanah di Malaysia adalah seperti berikut:
Purata pulangan dana amanah dalam tempoh lima tahun adalah 56 peratus. Ini bermakna setahun prestasinya adalah 56 peratus dibahagi lima tahun iaitu 11.2 peratusMaklumat di atas dapat menunjukkan kepada kita bahawa sebenarnya industri unit amanah, sama ada dana syariah ataupun dana konvensional berperanan positif dalam menjanakan ekonomi Malaysia amnya dan khususnya memberikan pulangan memberangsangkan kepada pelabur yang melabur dalam tempoh yang dinyatakan.Besarlah harapan kita agar semua pihak menghentikan gambaran buruk yang boleh memberi kesan tidak baik kepada ekonomi Malaysia. Kita sedia maklum antara pelabur gergasi di Bursa Malaysia adalah semua 43 syarikat saham amanah Malaysia.

No comments: