Thursday, August 21, 2008

Jualan Berterusan Bursa Malaysia ditutup rendah

Jualan Berterusan Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti jualan berterusan di seluruh papan tetapi penurunan dihadkan oleh kenaikan saham mewah terpilih seperti Sime Darby, IOI Corp dan Public Bank, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 3.74 mata untuk ditutup kepada 1,225.54 selepas dibuka rendah 3.77 mata kepada 1,225.51.

Para peniaga berkata pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman angka jualan runcit AS bagi Mei yang dijangka memantul semula mencerminkan perbelanjaan pengguna yang kukuh.

Penganalisis teknikal SJ Securities, Phua Kwee Hock berkata KLCI dijangka diniagakan dalam jajaran sokongan dan ketahanan pada paras 1,224-1,236 esok.

Indeks Perusahaan turun 0.97 mata kepada 2,587.99, Indeks Kewangan jatuh 69.41 mata kepada 9,277.27 manakala Indeks Teknologi berkurangan 0.07 mata kepada 19.96.

Bagaimanapun Indeks Perladangan naik 54.78 mata kepada 7,682.24.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas susut 3.19 mata kepada 8,198.23, FBM2BRD turun 25.88 mata kepada 5,619.40 manakala FBM-MDQ jatuh 66.29 mata kepada 4,513.16.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 384 berbanding 243 manakala 266 kaunter tidak berubah, 514 tidak diniagakan dan 27 digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 431.046 juta saham bernilai RM1.211 bilion daripada 443.108 juta saham bernilai RM1.221 bilion semalam.

Menerajui saham paling cergas ialah Transmile, yang naik 19 sen kepada RM1.53, diikuti Resorts World yang tidak berubah pada RM2.90 dan Bumiputra-Commerce yang susut lima sen kepada RM9.05.

Di kalangan saham wajaran berat, Sime Darby, IOI Corp dan Public Bank naik 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM9.10, RM7.10 dan RM10.90.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 368.05 juta saham bernilai RM1.191 bilion daripada 362.964 juta saham bernilai RM1.203 bilion semalam.

Perolehan di Papan Kedua naik kepada 29.426 juta saham bernilai RM13.128 juta daripada 17.865 juta saham bernilai RM10.477 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 19.596 juta saham bernilai RM5.403 juta daripada 20.458 juta saham bernilai RM5.897 juta pada Rabu.

Urus niaga langsung juga merosot kepada 11.5 juta saham bernilai RM16.176 juta daripada 73.871 juta saham bernilai RM102.848 juta semalam.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 17.518 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 41.181 juta, pembinaan 33.019 juta, perdagangan & perkhidmatan 136.083 juta, teknologi 4.609 juta, prasarana 9.249 juta, kewangan 58.789 juta, hotel 1.16 juta, harta 28.234 juta, perladangan 20.622 juta, perlombongan 3,000, REITS 1.601 juta, dana tertutup 99,000, ETF 74,000, dan pinjaman 15.805 juta.

—BERNAMA

No comments: