Saturday, August 2, 2008

Public Islamic Asia Balanced Fund (PIABF)

Public Mutual lancar dana Islam luar

Oleh AINUL ASNIERA AHSANKUALA LUMPUR

20 Ogos – Public Mutual akan melancarkan sebuah dana Islam luar negara iaitu Public Islamic Asia Balanced Fund (PIABF) mulai esok.Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow berkata, PIABF merupakan sebuah dana Islam yang bermatlamat menawarkan pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang melalui portfolio pelaburan yang berlandaskan Syariah di pasaran-pasaran domestik dan serantau.

Menurut beliau, sehingga 60 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dana ini boleh dilaburkan dalam pasaran-pasaran serantau terpilih termasuk Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, New Zealand dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Katanya, pendedahan ekuiti PIABF biasanya berada antara 40 peratus hingga 60 peratus daripada NAB dana.Tambah beliau, dana itu memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dengan menggunakan pendekatan seimbang dengan pelaburan dibuat dalam saham-saham domestik dan serantau yang berlandaskan Syariah serta sekuriti-sekuriti hutang Islam dalam bahagian yang hampir sama untuk mengagihkan risiko.‘‘PIABF sesuai untuk para pelabur yang bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran mereka serta berminat untuk menerima pendapatan dengan pertumbuhan modal sebagai objektif kedua,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga terbitan PIABF ialah sebanyak RM0.2500 seunit bagi sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 21 Ogos 2007 hingga 10 September 2007.Sepanjang tempoh tawaran permulaan PIABF, bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.45 peratus dan NAB seunit akan dikenakan ke atas pembelian unit PIABF oleh para pelabur, kata Hong Piow.Para pelabur yang memilih untuk melabur dengan Arahan Debit Terus dengan PIABF semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.45 peratus NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif.

Katanya, pelaburan permulaan minimum dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

No comments: