Saturday, August 2, 2008

Market performance as at 9.9.2007

Harga saham dijangka tinggi ~ Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak tinggi minggu ini berikutan bajet pengembangan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu, kata para peniaga.Bagaimanapun pelabur akan terus memerhati dengan rapat Wall Street di tengah-tengah kebimbangan terhadap krisis pinjaman perumahan dan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat, kata mereka.

Bursa Malaysia dan pasaran-pasaran serantau lain dijangka dibuka rendah pada hari ini sekiranya Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lalu, kata para peniaga.Pasaran tempatan mungkin kecewa dengan Bajet 2008 kerana jangkaan potongan cukai pendapatan peribadi tidak menjadi kenyataan, tetapi keseluruhannya terdapat insentif mencukupi yang ditawarkan kepada pertumbuhan ekonomi, kata seorang penganalisis.Beliau berkata, meskipun ketiadaan potongan cukai pendapatan peribadi mengecewakan pasaran, langkah menurunkan lagi cukai korporat kepada 25 peratus menjelang 2009 daripada 27 peratus ketika ini merupakan satu kejutan yang diterima dengan baik.Rangsangan segera bagi pasaran adalah pengurangan yuran penjelasan bagi pembelian saham kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, katanya.Penganalisis itu berkata, cadangan memberikan tiga lesen syarikat broker saham kepada mereka yang boleh menarik dana dari Timur Tengah merupakan faktor yang baik bagi pasaran untuk tempoh jangka panjang.Beliau berkata, antara saham yang dijangka mendapat rangsangan ialah kaunter hartanah yang menarik minat kukuh minggu ini berdasarkan kepada jangkaan insentif bagi sektor tersebut dalam Bajet.

Bagaimanapun, menurut penganalisis itu, pengaruh positif daripada bajet mungkin diimbangi kebimbangan terhadap perkembangan pasaran AS.Kelemahan berterusan dalam pasaran AS dijangka melembapkan sentimen pelabur dalam pasaran tempatan, katanya.Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dijangka bergerak antara 1,270 dan 1,330 mata minggu ini, kata peniaga.Ketua penyelidik UBS Malaysia, Colbert Nocom berkata, meskipun Bajet 2008 dijangka memberi prospek baik bagi keseluruhan ekonomi, ketiadaan potongan cukai pendapatan peribadi boleh melembap sentimen pasaran.Bagaimanapun, beliau berkata, kemungkinan kelemahan harga boleh menyediakan peluang belian.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia Datuk Dr P.H.S. Lim berkata, langkah untuk mengecualikan cukai dividen ke atas saham korporat akan memberikan rangsangan kepada pasaran, menyediakan pulangan pelaburan lebih baik kepada pemegang saham.Beliau berkata, Malaysia merupakan negara kedua di Asia selepas Hong Kong, mengecualikan cukai dividen.Bagi minggu yang baru berakhir ini, KLCI ditutup 20.97 mata lebih tinggi pada 1,304.90 berbanding 1,273.93 pada akhir minggu sebelumnya.

No comments: