Saturday, August 2, 2008

Bernama - 4 Sept 2007

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 4 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas urus niaga dalam jajaran kecil kerana kebanyakan pelabur menunggu perkembangan lanjut pasaran Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Pasaran AS ditutup Isnin sempena cuti hari Buruh.Kebimbangan terhadap perkembangan di AS mengatasi isyarat positif menjelang Bajet 2008 Jumaat ini.Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur susut 0.39 mata kepada 1,283.75.

Indeks Perindustrian turun 8.40 mata kepada 2,484.63.Indeks Papan Kedua menokok 0.22 mata kepada 104.98 manakala Indeks Mesdaq susut 0.37 mata kepada 123.88.BAgi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas menokok 6.17 mata kepada 8,708.92 manakala FBM30 menambah 17.09 mata kepada 8,165.43.Kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 464 berbanding 372 manakala 253 kaunter tidak berubah, 306 tidak diniagakan manakala 30 lagi digantung.Jumlah dagangan meningkat kepada 1.114 juta saham bernilai RM1.648 bilion berbanding 999.510 juta saham bernilai RM1.705 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 839.164 juta bernilai RM1.528 bilion berbanding 780.487 juta saham bernilai RM1.599 bilion.Jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 76.181 juta saham bernilai RM54.450 juta berbanding 53.720 juta saham bernilai RM46.447 juta.Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 98.803 juta bernilai RM48.598 juta berbanding 70.186 juta saham bernilai RM42.732 juta.

Jumlah dagangan bagi waran panggilan menokok kepada 99.593 juta bernilai RM17.810 juta berbanding 95.122 juta saham bernilai RM16.421 juta.Urus niaga langsung merosot kepada 28.865 juta bernilai RM26.578 juta berbanding 66.322 juta saham bernilai RM155.364 juta.Keadaan pasaran hari ini jelas selari dengan bursa-bursa serantau, dengan para pelabur pada umumnya menunggu Wall Street dibuka.

Bagaimanapun, masih ada beberapa pelabur membeli saham-saham terpilih yang dijangkakan mendapat manfaat daripada Bajet Jumaat ini, namun minat belian agak kecil.Mereka bagaimanapun berjaya menggerakkan beberapa saham seperti kaunter hartanah SP Setia, yang menokok 35 sen kepada RM7.95, yang menjangkakan insentif lebih baik untuk pasaran hartanah, dan East Holdings, sebuah syarikat perladangan, yang menokok 34 sen kepada RM3.72 berdasarkan cakap-cakap bahawa sektor biofuel akan mendapat insentif.Antara saham paling untung hari ini ialah Transmile, yang akan mengumumkan barisan baru pengurusan syarikat esok. Ia menokok 34 sen kepada RM3.72.Antara saham aktif, Hubline menokok 1.5 sen kepada 68.5 sen, Keladi Maju meningkat setengah sen kepada 36.5 sen, Land & General susut 1.3 sen kepada 83 sen, Fastrak meningkat setenah sen kepada 28.5 sen manakala Sanbumi menokok 2.5 sen kepada 64 sen.Mengikut sektor, produk pengguna menyumbang 15.750 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 106.667 juta, pembinaan 83.104 juta, perkhidmatan dan dagangan 253.904 juta, teknologi 25.121 juta, infrastruktur 21.826 juta, kewangan 50.274 juta, hotel 3.137 juta, hartanah 198.808 juta, perladangan 20.708 juta, perlombongan 8,000, REITS 6.656 juta, dana tertutup 137,100, ETF 486,000, dan pinjaman 52.577 juta. - Bernama

No comments: